Monday, 5 October 2015

MUQADDIMAH.


PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan  kita iman dan keyakinan, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.a.w  penutup para nabi dan rasul seterusnya ahli keluarga baginda  serta para sahabat  yang mengikuti mereka dengan penuh ihsan hingga hari kiamat.

Bersyukur kehadhrat Ilahi kerana dengan limpah serta keizinan rahmatnya dapat juga saya menjalankan tugasan saya iaitu BBM 3412  TEKNOLOGI MAKLUMAT, BAHASA DAN KESUSASTERAAN ini.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini, terutamanya kepada Profesor Madya Dr Normaliza Abd Rahim yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan seperjuangan sepanjang menjalankan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami dan anak-anak yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan moral serta bantuan sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini.Ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga di tujukan kepada teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantu bagi menjayakan tugasan ini samada secara langsung atau tidak langsung.Segala bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan amat dihargai semoga Allah membalas segala jasa baik yang telah dicurahkan, tanpa bantuan dan sokongan daripada semua pihak tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.
Mapazah Bt Hj Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment